Majlis Perasmian Projek Corak

CORAK | Craft & Copyright adalah projek pencarian data, rakaman, analisis dan rekaan, serta diperluaskan dalam aspek pengeluaran hak cipta untuk melindungi sebanyak mungkin khazanah tradisional dan menjadikannya relevan untuk kegunaan masa hadapan dalam kalangan generasi muda dalam pelbagai bentuk dan medium.

Majlis ini melibatkan jemputan secara fizikal dan juga secara atas talian dari beberapa institusi pengajian dan juga melibatkan beberapa persatuan dalam bidang kesenian antaranya Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia Craft Council (MCC), Persatuan Busana, Persatuan Seni Lukis Kelantan, Wakil kraf Kelingkan dll yang telah bersama-sama kami menjayakan majlis ini.

Majlis Perasmian CORAK | Craft & Copyright ~ Unleashing The New Heritage ini menampilkan En. Nik Faiz (Mr, Gahara) dan juga En. Azzaha Ibrahim (Varna Art Gallery) sebagai Ketua Projek yabg telah memberi butiran yang terperinci dan lebih meluas tentang projek ini.

Majlis perasmian CORAK | Craft & Copyright ~ Unleashing The New Heritage ini mendapat liputan dari media seperti kelantan tv dan lain-lain.

Selain itu projek yang dijalankan ini adalah sebagai satu usaha bagi mempertahankan dan melindungi identiti corak Melayu dan diraikan oleh orang ramai yang mana ia perlu dipromosikan dan dididik kepada orang ramai melalui kempen kesedaran dan inisiatif lain.

https://www.corakmalaysia.com/video/Majlis-Perasmian-Projek-Corak.mp4

Back to blog