Buah Pauh (atau mangga), terutamanya varieti Harumanis, menjadi lambang negeri Perlis di utara Malaysia. Buah tropika ini memainkan peranan penting dalam landskap agroekonomi negeri itu. Bentuk Buah Pauh yang menggiurkan dan daunnya yang langsing menjadi asas kepada sebuah motif bersifat universal yang tidak lapuk ditelan zaman.
Latar Belakang:
Mempelam Harum Manis, atau Mangga MA 128 secara saintifik, adalah buah yang sangat terkenal di Perlis. Buah ini dikenali kerana keharumannya dan rasa manisnya yang sedap. Harum Manis tumbuh subur di Perlis kerana kondisi tanah dan iklim yang sesuai.
Mempelam Harum Manis mempunyai bentuk yang unik, melengkung di bahagian bawah dan berwarna jingga kekuningan. Buah ini sangat disukai kerana teksturnya yang halus dan sedikit serat, selalu nya dimakan dimakan sendiri, atau dengan pulut. Mempelam Harum Manis juga terkenal untuk dijadikan jus.Musim berbunga Harum Manis hanya berlaku selama sebulan atau sebulan setengah, menjadikan buah ini unik sama ada untuk dijual di pasaran tempatan mahupun antarabangsa terutamanya pasaran Jepun.
Jabatan Pertanian Negeri mengawal pokok Harum Manis dengan rapi untuk mengekalkan kualiti varieti tersebut. Setiap pokok menghasilkan antara 200 hingga 300 buah mangga dan melalui proses regulasi yang teliti. Selepas itu, buah Harum Manis difermentasikan selama 72 jam untuk sebelum dipasarkan untuk para pengguna.
Motif:
Kecantikan Motif Harum Manis tidak hanya terletak pada rasanya yang lazat dan aroma wanginya, tetapi juga menjadi sumber inspirasi yang memukai untuk reka bentuk motif. Bentuk unik Motif Harum Manis, dengan bentuk lekuk yang unik di bahagian bawah memberikan kesan simetri yang halus, menjadikan buah ini sangat sesuai untuk diinterpretasikan dalam seni estetika. Profil yang elegan dan visual yang menarik membuatkan motif ini sangat fleksibil untuk digabungkan dengan elemen-elemen reka bentuk lain.
Motif reka bentuk yang diinspirasikan oleh Motif Harum Manis dapat menonjolkan keanggunan lengkung dan butiran halus buah tersebut, memberikan sentuhan elegan semulajadi. Ciri-ciri istimewa Harum Manis, seperti warna kuning jingga dan teksturnya yang halus, memberikan kelebihan untuk proses eksplorasi dalam ekspresi kreatif dengan palet warna yang kaya dan elemen tekstur yang menarik.