Motif Kembang Seraya

Pengenalan:

Bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya sering menjadi subjek karya seni tempatan merentasi pelbagai medium. Ilham lazim tercetus daripada warna-warna cerahnya (merah atau kuning), struktur kelopak dan anatominya yang unik. Daripada tekstil tradisional kepada karya lukisan yang halus dan reka bentuk seni bina, kedudukan Bunga Raya istimewa dalam budaya Malaysia, melambangkan identiti negara dan warisan semula jadi.

Latar Belakang:

Bunga Raya, juga dikenali sebagai Hibiscus rosa sinensis, diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa pameran Persatuan Agro-Hortikultur Malaya (MAHA). Tumbuhan tropika ini berasal dari Afrika, Asia, dan Kepulauan Pasifik, dan hidup subur dalam persekitaran panas dan lembap.

Dalam komuniti tempatan, bunga raya mempunyai kepentingan untuk kegunaan perubatan tradisional, khusus pada daun yang digunakan untuk merawat demam tinggi, sakit kepala, dan bengkak.

“Bunga Raya" melambangkan “kemeriahan”,  mencerminkan perayaan berbilang bangsa di Malaysia. Kelopak merah melambangkan keberanian, kehidupan, dan pertumbuhan pesat rakyat Malaysia, sementara lima kelopak mewakili Rukun Negara, memenuhi prinsip-prinsip kebangsaan tentang perpaduan.

Bunga raya juga menjadi simbolik kerana dipilih sebagai salah satu ilustrasi utama untuk nota mata wang kertas dan syiling di Malaysia.

Motif:

Kecantikan bunga Raya memberikan inspirasi kepada motif rekaan yang memukau, menggambarkan aspek yang komplek dan warna yang terang. Kelopak merahnya melambangkan kehidupan rakyat Malaysia yang bertumbuh pesat membentuk unsur rekaan visual yang dinamik dan berbilang budaya. Lengkungan anggun dan butiran halus kelopak itu disatukan secara harmoni dalam motif, memaparkan keunikan semula jadi bunga tersebut.

Lebih dari sekadar daya tarikan estetik, motif Kembang Seraya membawa makna yang lebih mendalam, mewakili perpaduan, perayaan, dan identiti berbilang bangsa di Malaysia. Sama ada dianyam dalam tekstil, diguna paka sebagai corak pakaian, atau diterapkan dalam seni hiasan dan seni bina, keindahan yang halus motif Kembang Seraya berfungsi sebagai simbolik untuk warisan budaya dan kekayaan di Malaysia.

Back to blog