Labu Sayong dari Perak digemari atas kegunaannya yang praktikal dan bentuknya yang menawan. Pasu yang direka bentuk dengan tapak seolah-olah labu ini lazim menghiasi rumah-rumah, digunakan untuk menyimpan air minuman atau bagi menurunkan suhu bilik. Sebuah motif bunga dibentuk daripada tapak Labu Sayong, dengan kelopak terbuka membentuk rupa bantal.
Latar Belakang:
"Labu Sayong," bekas air tradisional ikonik, dihasilkan dengan teliti dari tanah liat, mempamerkan seni artisan dan mempunyai makna budaya dalam warisan Kuala Kangsar, Perak. Bekas air unik ini, dengan bentuk mirip labu, berkembang dari buah labu kering yang mempunyai seni rupa halus. Dengan peredaran waktu, bekas air ini diperbuat menggunakan dari tanah liat berkualiti tinggi yang dipilih secara teliti.
Labu Sayong bukan hanya digunakan untuk bekas air, tetapi ia juga memiliki cerita istimewa dalam tradisi Melayu. Labu Sayong dipercayai memiliki sifat terapeutik, terutamanya dalam mengubati penyakit seperti demam. Labu Sayong juga membuatkan suhu air yang disimpan didalam nya terasa sejuk apabila diminum. Kaedah membuat Labu Sayong menggunakan teknik tradisional dinamakan ‘teknik tekan’.
Sebagai simbol budaya, Labu Sayong tidak hanya berfungsi sebagai alat bekas menyimpan air, tetapi juga memiliki bentuk yang unik inspirasi dari seni zaman dahulu sehingga sekarang di Kuala Kangsar.
Motif:
Motif Labu Sayong Serangkai, yang memiliki reka bentuk yang unik dan menarik, bukan hanya digunakan sebagai bekas air, tetapi juga menjadi inspirasi untuk pelbagai aplikasi lain. Motif Labu Sayong Serangkai, seperti ukiran Bunga Tanjong, Bunga Cengkih, dan Bunga Cakar Ayam, memiliki nilai budaya yang kaya dan dapat diterapkan dalam banyak konteks, seperti pada tekstil, seramik dan elemen senibina. Motif ini bukan hanya memberikan sentuhan warisan budaya, tetapi juga keanggunan pada corak moden.
Selain aspek visual, motif Labu Sayong Serangkai juga dapat banyak menyampaikan cerita tentang tradisi dan hubungan dengan alam sekitar. Dalam dunia fesyen, motif ini boleh digunakan pada pakaian moden dan tradisional, pembuatan aksesori dan juga untuk corak ukiran kayu.