Motif Lapan

Pengenalan:

Motif oktagon ini digemari oleh pembuat kraf Malaysia dan sering ditampilkan dalam pelbagai kraf budaya seperti sulaman, tekstil tenunan, bakul, topi dan tikar. Motif ini lazim dihidupkan menggunakan bahan seperti daun pandan atau jalur buluh, menerusi teknik anyaman atau jahitan pada tekstil. Menyerupai bunga atau bintang, motif unggul ini turut dikenali seperti Bunga Pecah Lapan, Bunga Bintang Beralih, dan Bunga Matahari.

 

Latar Belakang:

Motif oktagon mempunyai sejarah yang menarik dan sinonim dalam kebudayaan kraf Malaysia. Bentuk lapan sisi yang ini banyak digunakan pada sulaman yang ringkas dan rumit, sehingga dalam anyaman tekstil dan kraftangan pembuatan topi, bakul dan tikar oleh artisan pelbagai generasi.

Bentuk oktagon geometri ini menjadi simbol kebanggan budaya dari turun temurun sehingga sekarang. Penggunaan bentuk ini mencerminkan fleksibiliti motif geometri berbentuk lapan. Artisan menghidupkan motif oktagon dengan menggunakan bahan lokal seperti daun pandan atau serat bambu dalam hasil kraftangan mereka. Selain memberikan sentuhan natural, bahan-bahan ini juga digunakan pada teknik menenun dan jahitan, mencerminkan dedikasi artisan yang menggunakan motif oktagin ini secara universal. Berdasakan konsep perpaduan antara bunga dan bintang, motif oktagon juga dikenali sebagai Bunga Pecah Lapan, Bunga Bintang Beralih, dan Bunga Matahari. Motif ini membawa nuansa budaya dan variasi antarabangsa.

 

Motif:

Motif Lapan adalah elemen reka bentuk yang rumit dan sangat popular dalam kraf budaya Malaysia. Keseragaman geometri dapat dilihat melalui pelbagai medium seperti sulaman, tekstil tenun, pembuatan bakul, topi, dan tikar. Reka bentuk motif geometri ini mempunyai bentuk lapan sisi khas yang seimbang. Motif Lapan menampilkan aura estetik yang melambangkan budaya di Malaysia.

Dalam seni sulaman, artisan yang mahir boleh menggabungkan Motif Lapan ke dalam tekstik, mencipta pola corak yang menitikberatkan ketepatan geometri oktagon. Motif ini menjadi pusat perhatian (focal point) dalam pakaian tradisional, sekaligus memberikan sentuhan kekayaan budaya.

Tekstil yang menampilkan Motif Lapan melibatkan teknik tenun yang teliti, menunjukkan kepakaran yang tinggi dalam setiap karya. Kerumitan corak geometri tersebut menambah dimensi pada tekstil tersebut, menjadikannya menarik secara visual dan sarat dengan makna tersendiri.

Fungsi Motif Lapan bukan sekadar untuk elemen reka bentukm tetapi ia juga berfungsi sebagai  jambatan budaya, menghubungkan masa lalu dan masa kini melalui kelestarian dalam seni kraf tradisional Malaysia. Daya tarikan geometri Motif Lapan digabungkan dengan kemahiran artisan, memastikan bahawa ia terus menjadi simbol yang dihargai dan dan bermakna dalam seni kraf tradisional di Malaysia.

Back to blog