Motif Mandung Laga

Pengenalan:

Ayam Laga bukan suatu pandangan yang asing di kawasan-kawasan luar bandar Malaysia. Bulu-bulunya yang bersemarak warnanya, terang dan kadangkala berkilau, mencetuskan ilham bagi corak yang mencerminkan kesejadian alam. Motif ini sering digunakan dalam industri ukiran kayu, menjiwai kejadian ayam jantan yang indah dan penuh bertenaga dalam seni.

Latar Belakang:

Ayam Laga, juga dikenali sebagai Ayam Sabung, Ayam Bangkok, Ayam Siam, atau Ayam Baik, merupakan sejenis ayam yang dibiakkan khas untuk tujuan sabung ayam. Kerap kali dipanggil sebagai "Ayam Pisau," ayam sabung ini terkenal kerana memiliki taji, iaitu tulang tajam pada kaki mereka, yang biasanya dipasang dengan pisau sepanjang lebih kurang 5 inci. Pertandingan berlangsung selama 4 minit untuk menentukan pemenang.

Ciri-ciri khas yang menggambarkan ayam sabung termasuk kepala dan tulang dahi yang tebal, bulu yang berkilat dan megah, kaki yang bersisik kasar dan rapi, dan kepala yang berbentuk pinang. Ciri-ciri lain ayam sabung yang cantik ialah mempunya mata yang dalam, tirus dan tajam, kulit muka yang tebal dan kebanyakan nya berwarna merah. Paruh yang besar dan melengkung kemas, jari kaki yang panjang, dan postur mendada dan postur tegap menyumbang kepada penampilan ayam sabung yang menakutkan.

Motif:

Motif eksklusif pada bulu ayam mempamerkan seni alam semulajadi dengan kombinasi warna, pola, dan tekstur yang memukau. Pelbagai tona warna bulu; merah, biru, hijau, dan mempunyai kilauan keemasan, memberikan corak warna yang menawan. Bulu ayam sabung juga meningkatkan tarikan visual untuk motif Mandung Laga.

Selain daripada memainkan peranan sebagai perhiasan atau ornamen, motif Mandung Laga ini memberi penampilan yang segak dan memberikan sentuhan dramatik dalam proses mereka cipta corak. Keindahan motif Mandung Laga juga memberikan sentuhan reka bentuk yang kompleks dan sesuai untuk digunakan di dalam pelbagai industri.

Back to blog