Cangkerang Penyu ialah simbol yang cukup dikenali bagi Terengganu, negeri Pantai Timur yang diiktiraf atas usaha pemuliharaan penyu. Lengkungannya yang elegan, menyerupai kulit kerang besar, disatukan dengan sirip penyu untuk menghasilkan motif bunga yang menarik. Motif yang dihasilkan ringkas, namun mempunyai perwatakan tersendiri, menggabungkan intipati flora dan fauna dalam harmoni.
Latar Belakang:
Penyu laut banyak dijumpai di laut tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Binatang ini juga sangat istimewa kerana dianggap sebagai fosil hidup yang telah wujud sejak beratus-ratus juta tahun dan menjadi sebahagian penting dalam biodiversiti Bumi. Empat jenis penyu yang banyak terdapat di persisiran pantai kita adalah Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata), dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea).
Fenomena penetasan telur penyu di Pantai Timur Malaysia adalah satu kejadian yang menakjubkan bagi pencinta haiwan dan juga orang awam. Antara negeri yang berpeluang melihat penyu bertelur ialah Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, dan Pulau Pinang. Terengganu adalah negeri yang paling utama untuk pemuliharaan penyu bertelur terutamanya di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Geliga, Kerteh, Rantau Abang, dan Setiu.
Motif:
Corak cangkerang penyu telah dipilih untuk menjadi salah satu inspirasi kepada Corak Malaysia pada tahun ini. Bentuk dan reka bentuknya memberikan daya tarikan estetika dan makna simbolik kepada pencipta nya yang menetap di Terengganu, sekaligus menjadi inspirasi bagi seniman dan tukang kraf. Struktur cangkerang penyu yang melambangkan perlindungan diadaptasi dalam corak berbentuk lengkungan simetri, menciptakan kesan keseimbangan dan harmoni antara fauna dan alam.
Dalam budaya tradisi, penyu melambangkan kehidupan yang panjang, kebijaksanaan, dan perlindungan. Dengan corak cangkerang yang mempunyai visual menarik, ia menyumbang kepada pemilihan motif ini untuk diguna pakai dalam sektor seni lain. Representasi cangkerang sebagai makhluk laut yang telah hidup berjuta tahun mencerminkan ketahanan motif ini.
Motif Penyu adalah inspirasi dari cangkerang dan sirip penyu untuk diguna dalam pelbagai bentuk medium, termasuk lukisan, ukiran patung, tekstil, dan seni bina. Motif ini dapat diubah menjadi abstrak untuk bergantung kepada kreativiti dan interpretasi artisan.